Persediaan Kesihatan Umrah & Haji · Kajang, Selangor
Klinik Vaksin Umrah & Pemeriksaan Kesihatan Umrah di Kajang
Selesaikan persediaan kesihatan umrah anda di satu klinik. Klinik Haya menyediakan suntikan vaksin umrah, termasuk vaksin Meningococcal yang diwajibkan oleh Arab Saudi, dan pemeriksaan kesihatan umrah dengan konsultasi doktor serta ujian darah makmal. Kedua-duanya boleh dibuat pada lawatan yang sama, dengan harga yang jelas dari awal.

- Setiap hari
- 8:30 pagi hingga 11:00 malam
Suntikan Vaksin Umrah & Haji
Pilih vaksin wajib sahaja, atau pakej dengan perlindungan tambahan. Doktor kami akan menasihati pakej yang sesuai dengan umur dan tahap kesihatan anda.
Pakej Madinah
RM300
- Meningococcal
- Pneumococcal
Perlindungan tambahan daripada jangkitan paru-paru
Tempah Pakej MadinahPakej Jeddah
Paling lengkapRM360
- Meningococcal
- Pneumococcal
- Influenza
Ketiga-tiga vaksin dalam satu lawatan
Tempah Pakej JeddahVaksin Meningococcal perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas.
Pemeriksaan Kesihatan Umrah & Haji
Ibadah umrah banyak berjalan dan menuntut tenaga. Pemeriksaan awal membantu mengesan dan mengawal masalah seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol sebelum anda berangkat.
Pakej Standard
Lebih menyeluruhRM105
- Konsultasi doktor
- Pemeriksaan fizikal
- Ujian darah makmal
- HbA1c (kawalan gula 3 bulan)
- Saringan kesihatan mental
Ujian darah makmal merangkumi
- FBC (kiraan darah penuh)
- Urea & Kreatinin (buah pinggang)
- Liver Function Test (hati)
- Darah glukosa
- Lipid profile / kolesterol
- Urine FEME (air kencing)
Tambahan jika perlu
- ECG (pemeriksaan jantung)
- UPT (ujian kehamilan)
- Vaksinasi umrah
- Rawatan lutut
Perancangan Haid untuk Umrah & Haji
Untuk wanita yang ingin mengelakkan haid semasa waktu penting ibadah seperti tawaf. Kami membantu anda merancang kitaran haid supaya perjalanan ibadah lebih lancar dan selesa.
- Konsultasi doktor untuk perancangan haid yang selamat dan sesuai dengan kitaran anda
- Ubat untuk menunda atau mengawal haid, berdasarkan kesesuaian individu
- Pemantauan dan nasihat lengkap sebelum perjalanan
Tiga langkah sebelum berlepas
- 1
WhatsApp kami
Beritahu tarikh berlepas dan pakej yang anda mahu. Kami akan tetapkan masa temujanji.
- 2
Datang ke klinik
Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan, suntikan vaksin umrah, atau kedua-duanya sekali.
- 3
Berangkat dengan tenang
Doktor terangkan keputusan pemeriksaan dan nasihat penjagaan kesihatan sepanjang di Tanah Suci.
Soalan lazim vaksin & pemeriksaan kesihatan umrah
Vaksin apa yang wajib untuk umrah?
Vaksin Meningococcal diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk semua jemaah umrah dan haji. Vaksin Influenza dan Pneumococcal pula digalakkan, terutamanya untuk warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau asma.
Bila masa terbaik untuk ambil suntikan vaksin umrah?
Suntikan vaksin Meningococcal perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas. Kami syorkan anda datang 2 hingga 4 minggu lebih awal supaya badan sempat membina perlindungan dan urusan dokumen tidak tergesa-gesa.
Berapa harga vaksin umrah di Klinik Haya?
Vaksin Meningococcal (wajib) RM160. Pakej Mekah (Meningococcal + Influenza) RM225. Pakej Madinah (Meningococcal + Pneumococcal) RM300. Pakej Jeddah (Meningococcal + Pneumococcal + Influenza) RM360.
Apa yang diperiksa dalam pemeriksaan kesihatan umrah?
Pakej Basic (RM80) merangkumi konsultasi doktor, pemeriksaan fizikal dan ujian darah makmal: FBC, Urea & Kreatinin, Liver Function Test, darah glukosa, lipid profile / kolesterol dan Urine FEME. Pakej Standard (RM105) menambah ujian HbA1c dan saringan kesihatan mental. ECG, ujian kehamilan dan rawatan lutut boleh ditambah jika perlu.
Boleh buat pemeriksaan kesihatan dan vaksin umrah pada hari yang sama?
Boleh. Pemeriksaan kesihatan umrah dan suntikan vaksin umrah boleh dibuat dalam satu lawatan di Klinik Haya, jadi anda tidak perlu ke dua tempat berbeza.
Boleh tangguhkan haid semasa umrah?
Boleh dibincangkan dengan doktor kami. Perkhidmatan perancangan haid merangkumi konsultasi, ubat untuk menunda atau mengawal haid mengikut kesesuaian individu, serta pemantauan dan nasihat sebelum perjalanan.
Di mana lokasi klinik dan bila waktu operasi?
Klinik Haya terletak di No. 20-1, Jalan Sari Niaga, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor. Kami buka setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, dari 8:30 pagi hingga 11:00 malam.
Tempah vaksin & pemeriksaan kesihatan umrah anda hari ini
Beritahu kami tarikh berlepas anda. Kami akan cadangkan masa yang sesuai untuk datang.
- Klinik Haya, No. 20-1, Jalan Sari Niaga, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor
- Buka setiap hari, 8:30 pagi hingga 11:00 malam
- +60 12-349 9793
Harga tertakluk kepada perubahan. Kesesuaian vaksin dan ubat ditentukan oleh doktor selepas konsultasi.
